About Me

Name: Siti Nabillah
Age: 19 Year Old
DOB: 27 FEB 1993
State: Gurun ,Kedah

Saturday 11 May 2013

❥ Dilema Gelaran 'Ustaz' dan 'Ustazah' ❥

Sudah menjadi kebiasaan, seorang yang bukan daripada bidang agama apabila dia berpenampilan menutup aurat dengan sempurna, maka dia dicop sebagai golongan yang arif tentang agama. Alim katanya. Ilmu agama mesti penuh di dada. Gelaran 'ustaz' dan 'ustazah' diberikan. Walhal, mereka juga sebenarnya masih dalam proses meningkatkan kualiti diri. Adakalanya, mereka juga terkapai-kapai. Adakalanya mereka juga tercari-cari.
Bagi diri yang dipanggil dengan gelaran 'ustaz' atau 'ustazah' itu, terasa bagai ada satu beban yang terpikul. Terasa diri semacam tidak layak untuk mendapat gelaran sedemikian. Terasa diri terlalu banyak kekurangan. Terasa diri diselaputi dosa. Ditambah lagi dengan bidang yang diambil bukanlah dari cabang-cabang agama yang dijulang, lantas gelaran 'ustaz' atau 'ustazah' itu terasa sememangnya tidak layak untuk diri. Pernah rasa macam itu?
Saya yakin, mesti ada yang pernah mengalaminya sebab diri ini juga merupakan salah seorang daripadanya. Terasa diri sangat-sangat tidak layak. Ya, mungkin ada yang berpendapat..
"Alaa.. setakat gelaran, apalah sangat.. maksudnya sama jugak macam cikgu ke teacher ke..".
Tapi, majoriti mentaliti masyarakat kini tidak mengizinkan pendapat yang mengatakan ianya hanyalah satu gelaran yang sama maksudnya dengan cikgu mahupun teacher.
Sebaliknya, gelaran 'ustaz' mahupun 'ustazah' itu membawa bersama-sama maksud, yang mana seseorang itu mempunyai ilmu agama yang baik dan menjadi pakar rujukan khususnya dalam bab-bab hal agama. Seorang yang alim (warak) bahkan, ada yang berpendapat golongan yang bertudung labuh, berjubah, dan berserban ini merupakan mereka yang mengetahui ilmu bahasa Arab, hafiz mahupun hafizah yakni penghafaz al-Qur'an.
Sehinggakan pensyarah yang dihormati turut memanggil dengan gelaran 'ustaz' mahupun 'ustazah'. Sekiranya ada apa-apa yang berkaitan dengan bahasa Arab dan agama di bilik kuliah, pendapat kita diraikan dengan bertanya pendapat kita. Namun adakah hakikatnya begitu?
Percayalah, bukan semua mereka begitu. Bahkan, ada daripada golongan ini yang tidak pernah sekalipun bersekolah di sekolah agama. Ada yang masih bertatih. Ada yang masih dalam proses membiasakan diri. Pendek kata, masih dalam usia setahun jagung mengenal Allah. Namun begitu, apakah yang membezakan mereka dengan yang lain?
Penampilan mereka. Ya. Mereka cuba sedaya upaya untuk mentaati suruhan-Nya. Sekurang-kurangnya mereka sudah terlepas daripada tanggungjawab menutup aurat. Seterusnya, suruhan-suruhan-Nya yang lain pula cuba dipraktikkan dari semasa ke semasa. Mereka cuba menjaga tutur kata. Mereka cuba menjaga muamalat, iaitu cara bergaul antara bukan mahram dengan sebaik mungkin. Mereka cuba sedaya upaya menjaga habluminannas danhabluminallah*. Namun begitu, sebagaimana lazimnya seorang manusia, fitrah mereka tetap ada, yakni imannya bersifat menaik dan menurun. Maka, sekiranya ada kekhilafan dan kealpaan mereka, tegurlah dengan berhikmah sebagaimana yang dituntut agama.
Dalam masa yang sama, bagi saya mereka yang mendapat gelaran 'ustaz' atau 'ustazah' ini perlu sebenarnya berterima kasih kepada golongan yang memanggilnya sedemikian rupa. Mengapa? Kerana melalui gelaran tersebutlah sebenarnya, sedikit sebanyak membantu kita untuk lebih menjaga diri, untuk lebih mengawal adab sopan dan untuk lebih mengawal perlakuan yang ada. Secara tidak langsung ianya adalah suatu dakwah kepada orang-orang di sekeliling.
Tahniah! Anda telah berjaya melakukan dan menyambung kesinambungan dakwah Rasulullah S.A.W. "Tapi bagaimana? Aku tak buat apa-apa pun?".
Siapa kata anda tidak melakukan apa-apa? Anda sebenarnya telah berdakwah kepada mereka. Secara tidak langsung, anda telah mendidik mereka menyemai satu sifat yang sangat dituntut, iaitu bersangka baik. Uslub dakwah itukan pelbagai!. Buktinya, tanpa perlu anda mengeluarkan sepatah kata sekalipun.. mereka tanpa sedar telah bersangka baik bahawa anda itu baik akhlaknya, baik imannya (kerana ustaz mahupun ustazah itu sangat sinonim dengan akhlak dan hati/iman yang baik, walaupun mungkin bukan semua). Sangkaan yang baik itu akhirnya diluahkan dan diterjemahkan dengan cara memanggil anda dengan gelaran ustaz mahupun ustazah.

Walau bagaimanapun, mungkin ada yang berpendapat gelaran tersebut dipanggil hanyalah kerana ingin memerli individu tersebut. Ya, mungkin sebahagiannya ada yang berfikiran sebegitu. Tapi, percayalah bahawa mereka yang berfikiran sedemikian juga pada asalnya memiliki rasa kagum dan hormat kepada anda. Namun kerana perasaan itu telah diselaputi oleh satu perasaan yang dinamakan 'ego', maka mereka telah bertindak menutup segala rasa tadi. Jadilah mereka golongan yang sukar untuk menerima rasa hati sendiri.
Selain itu, melalui gelaran 'ustaz' mahupun 'ustazah' ini juga sebenarnya mampu menjaga diri kita. Buktinya? Jika ditanya kepada majoriti mereka yang berada dalam situasi ini mengenai gangguan yang diterima, saya yakin bahawa jawapan mereka seakan-akan sama. Jawapan yang bagaimana? Jawapannya, mereka seakan-akan dilindungi, seakan-akan dijaga, seakan-akan dikawal dalam erti kata menjaga tingkah lakunya serta dihormati. Semuanya diperolehi dengan jasa gelaran 'ustaz' mahupun 'ustazah' tersebut dengan izin Allah.
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani" 
(Surah al-Ahzab ayat 59)
Lihatlah! Allah juga telah memberikan jaminan keselamatan bahawa mereka yang mengikuti suruhan-Nya ini tidak diganggu, dan saya yakin hampir semua orang yang berada dalam golongan ini juga memiliki kisah-kisahnya yang tersendiri yang menjadi bukti kata-kata Allah ini.
Melalui gelaran ini juga secara tidak langsung mampu untuk mendidik diri yang digelar itu juga. Bagaimana? Tidak keterlaluan rasanya jika dikatakan gelaran tersebut mampu untuk menjadi guru kita. Masakan tidak, apabila diri dipanggil dengan panggilan yang sedemikian, masihkah kita sanggup membiarkan diri dihiasi dengan akhlak yang tidak sewajarnya? Akhlak yang tidak melambangkan akhlak Islam?
Bagi nurani yang bersih, saya kira tidak sanggup untuk berakhlak sedemikian lagi. Maka, detik demi detik akhlak diri sedaya upaya cuba ditingkatkan, walaupun adakalanya sering tersungkur jatuh. Hal itu bukanlah suatu yang boleh menjadi batu penghalang untuk diri melakukan perubahan paradigma. Masa demi masa, ilmu agama makin ditingkatkan. Bukankah itu satu perkara yang baik?
Maka, saya rasa sangat-sangat wajar sebenarnya ucapan terima kasih ditujukan khas buat mereka yang memanggil dengan gelaran 'ustaz' mahupun 'ustazah' ini.  Terima kasih! ^_^

Habulminannas : Hubungan manusia sesama manusia
   Habluminallah   : Hubungan manusia dengan pencipta (Allah SWT)

Alhamdulillah :) terima kasih kt kawan2 yg gelar nabila ustazah , walaupun diri ini masih jahil . Dengan gelaran inilah nabila terasa ada tanggungjawab untuk dipikul kepada semua . susah bg kita utk memenuhi segala pandangan manusia.. apa yg terbaik kita lakukan ialah mengikuti perintah Allah dan rasulNya.. apa yg dikatakan kadang kala menjadi doa bg kita , wallaualam.. alhamdulillah bila panggilan baik disebut menjadi kebaikan kpd kedua pihak..insyaAllah.

Masih belajar jadi solehah . :)


Sahabat selalu gelar nabila " ustazah nabila "


******SEKIAN TERIMA KASIH******

Friday 10 May 2013

Jom Puasa Rejab 。◕‿◕。


Bismillahirrahmanirrahim . Hye semua , dah lama nabila tak update blog . hee , rindu hampa weh . haha . entry kali ni jum kita pakat-pakat posa sunnat rejab esok . hehe . besar ganjarannya . huu . 

Bulan Rejab adalah bulan ketujuh dalam kiraan taqwim Hijriyyah. Bulan ini termasuk salah satu di antara bulan suci dan dinamakan sebagai bulan Allah. Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda bermaksud:"Bulan Rejab bulan Allah, bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku."

Antara Fadhilat dan Hikmah Puasa di bulan Rejab Islam.
Kelebihan Puasa di Bulan Rejab

 Kita juga digalakkan berdoa pada malam 1 Rejab.

 Imam Syafiie rahimahullah berkata, ada 5 malam dalam setahun, ALLAH SWT bukakan pintu langit, salah satunya adalah malam 1 Rejab…Bulan Rejab dikenali juga sebagai bulan Istighfar…
 Sekian setakat sini saja noh , hehe . haaa . hampa jangan lupa niat pulak noh .                                     
Niat puasa bulan Rejab ialah :
"Sahaja aku puasa sunat bulan Rejab kerana Allah Ta'ala".


Saturday 9 February 2013

Debab ! hehhe ~

Hye semua ... apo kabor .. hehhe .. lama tak post kat blogger nih .. rindu hampa semua weh .. :)
harini nabila nak post gambar nabila yg terbaru .. haha .. ramai dah cakap semakin debab la .. montel la .. hahha .. rasa2nya betui la kott apa orang cakap tuu .. mana dak nya keja makan ja cuti2 nih .. haha .. takut2 .. tolong la .. jgn pangey cmtuu .. haha .. pangey la kurus .. cukup 44 kali kurus betui kutt .. lalalala ! ( perasan betui la nabila nih ) haha .
Cer tengok kat bawah nih gambar debab . haha
ish2 , nabila .. nih last taw mkn burger ! haha


kenduri ! makan lagii .. haiyaaa~

Shopping ! lepas shopping makan pulak ~ hoho

Bercermin mata ~ :)

nih pun  baqu ja lepas makan kat R&R Gurun .. :P



Semua dah tengok dah kn ?? hehhe .. tuu lahh  nabila .. debab sungguh noh .. apa2 pun bersyukur Allah bagi kita sihat tak dak penyakit .. dan masih mampu untuk tunaikan tanggungjawab kita dengan Allah lagi .. hehe .. btw thank untuk semua sudi baca post nabila kalini .. hehhe .. sayang hampa semua  weh .. Wassalam .. Bye !
♥ NABILLAH HAFIFI 

Saturday 26 January 2013

Aku Berharap Dia Adalah Jodohku . ♥




Hye Semua . ^__^







Ya Allah..jika dia memang jodohku..dekatkanlah
jika dia bukan jodohku..jodohkanlah
tetapi, jika dia benar-benar bukan jodohku, maka janganlah diberikannya jodoh selain aku ( boleh ka? ) hehehe ^^


Tapi ni yang paling indah :)





Ya Allah
Seandainya dia menjadi milikku
Tercipta untukku
Dekatkanlah dia padaku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Tetapkanlah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan ini abadi

Titipkanlah kebahagiaan
Ya Allah! Ku mohon apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang tebaik buat ku
Kerana Kau tahi segala isi hati aku

Ya Allah
Seandainya telah kau takdirkan dia bukan untukku
Bawalah dia jauh dari pandanganku
dan peliharalah diriku daripada kekecewaan

Ya Allah
Berikanlah diriku kekuatan
Melontarkan bayangannya ke dada langit
Agar ku rasa bahagia
Walaupun tanpa dirinya
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Meskipun tak sama dengan dirinya
Seandainya dia datang menemuiku
Cinta itu adalah cinta sejati dan satu
Seandainya dia tidak datang menemuiku
Anggaplah cinta itu tidak wujud dari awal lagi..

Ya Allah
Pasrahkanlah apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku
Kerana Engkau maha mengetahui
Bahagia yang terbaik untuk hambamu ini

Aminnn ..


Hayatilah lagu nih ya sahabat-sahabat kalian .




Sekian . Wassalam ..







Thursday 24 January 2013

♥ Kelebihan Wanita Yang Digunakan Syaitan Untuk Melemahkan Lelaki ♥

Wanita adalah makhluk yang sangatlah unik. Berbeza. Dan memiliki keistimewaan tersendiri. Islam memandang wanita adalah makhluk yang sangat special dan bahkan memberikan satu surah dalam Al-Quran untuk wanita. An-Nisa. Rasulullah berkata bahawa makhluk yang harus kita cintai setelah Allah SWT dan Rasulullah adalah : Ibu, Ibu, Ibu, barulah Ayah. Itu menunjukkan apresiasi yang sangat tinggi yang diberikan oleh Islam kepada wanita.
Namun Akhi, Ukhti, wanita seringkali dibuat sebagai senjata yang Maha Dahsyat oleh Syaitan Laknatullah untuk meluluhkan kehebatan iman seorang lelaki. Ya, tidak ragui, salah satu jalan utama syaitan untuk merasuk ke dalam dada seorang ikhwan adalah melalui lelaki itu tadi. Dalam sejarah, syaitan mengakui kepada Nabi Musa AS bahawa jalan utama syaitan dalam merasuk dan memperdaya manusia ada 3 : ketika Solat, ketika marah, dan melalui wanita.

Pendapat beberapa ulama mengenai kelebihan wanita  yang dijadikan senjata oleh syaitan untuk mencairkan hati seorang lelaki. Tapi sebelum itu, maaf kerana bukan bermaksud untuk merendahkan kaum wanita. Tetapi hanya bermaksud untuk saling mengingatkan. Kerana, kalau hanya salah seorang antara lelaki atau perempuan sahaja yang menjaga hatinya, maka syaitan akan tetap mudah untuk masuk. Tapi kan kalau kita sama-sama menjaga hati, InsyaAllah akan lebih baik bagi kita semua. Betul?
Bila syaitan sudah tidak mampu menyesatkan kita dengan keburukan, maka dia akan menyesatkan kita dengan kebaikan.  Syaitan tidak akan pernah rela jika kita sebagai manusia mampu bebas dan melakukan kebaikan tanpa diganggu. Naudzubillahi min dzalik.
Apa kekuatan wanita yang pertama?
Air Mata. Air mata wanita adalah sesuatu yang seringkali digunakan syaitan untuk meluluhkan hati seorang lelaki. Air mata jelas sekali mampu meluluhkan hati seorang lelaki. Jangankan lelaki biasa yang masih belajar tentang prinsip-prinsip kehidupan.  Umar bin Khattab RA yang ketika itu masih kafir dan memegang teguh prinsipnya pun dicairkan oleh tangisan adiknya sehingga masuk islam dan menjadi salah satu khalifah terkuat pada masa kejayaan islam di dunia. Masih ingatkan kisahnya..?
Menangis adalah muara dari perasaan. Jikalau terlalu gembira, kita akan menangis. Jikalau terlalu sedih pun demikian. Jikalau sangat marah, kita juga mengeluarkan titis-titis air mata. Dan itu semua fitrah. Hanya, ketika ada sesuatu yang tidak tepat pada tempatnya, baik tidak disengaja apatahlagi kalau sengaja, akan menjadi senjata yang kuat bagi syaitan laknatullah.
Buat lelaki, waspadalah terhadap syaitan. Cuba bayangkan, kalau ada perempuan memohon sesuatu ke kita, sehingga mengeluarkan air mata. Bagaimana sikap kita? Itu yang harus kita urus dengan sebaik mungkin. Tentu dengan pengurusan hati yang tepat.
Yang kedua,
Yang kedua adalah senyuman. Senyuman wanita  itu salah satu yang sangat mudah dijadikan oleh syaitan dalam memperdaya ataupun melemahkan hati seorang lelaki. Apatah lagi kalau wanita yang mempunyai wajah yang cantik. Tentu akan sangat meluluhkan hati seorang lelaki.
Allah telah jelas dan tegas memerintahkan kita dalam surah An-Nur ayat ke 30 hingga ke 31. Ayatnya yang berbunyi :
“Katakanlah kepada lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya…”
dan ayat ke 31 juga yang berbunyi
“Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya….”
menunjukkan solusi yang seharusnya kita lakukan bersama. Para lelaki mahupun perempuan seharusnya menjaga pandangan mereka.
Yang Ketiga,
Yang ketiga, adalah tutur kata. Wanita itu memiliki suara yang berbeza dengan lelaki. Suara wanita  itu lebih lembut  daripada lelaki.  Perkara itu juga dijadikan senjata oleh syaitan untuk memperdaya lelaki. Apatah lagi kalau wanita  itu sengaja membuat nada manja
 Berbicaralah yang tegas! Tidak menimbulkan kesan yang manja atau menggoda. Berbicaralah dengan nada yang tegas dan seperlunya sahaja. Rasulullah SAW juga memerintahkan kita untuk berbicara yang benar, atau diam.
.
Suara wanita  itu sangat dilindungi dan dihargai oleh Islam. Bahkan ada beberapa ulama yang mengatakan bahawa nasyid wanita itu tidak baik didengar oleh lelaki. Kerana, getaran suaranya itu besar kemungkinan dapat menimbulkan perasaan yang berbeza di hati lelaki. 
Lelaki, berhati-hatilah dalam mengolah hati. Berhati-hatilah dalam memberikan perhatian.
Yang Keempat, 
Berhias. Banyak perdebatan di sini.Antaranya adalah bagi wanita yang memakai  wangian. Rasulullah berkata bahawa barang siapa  (wanita) yang memakai wewangian kemudian dia berjalan di depan seorang  (laki-laki) sehingga sang lelaki mencium wewangian tersebut, maka wanita itu dianggap pezina. Naudzubillahi min dzalik..
tetapi memakai wangian tidaklah salah. 
Yang terakhir,
kecerdasan. Ini yang paling berbahaya atau paling sukar untuk dihindari. Wanita yang cerdas seringkali dijadikan senjata yang sangat ampuh untuk meluluhkan hati seorang lelaki. Banyak lelaki tidak melihat paras atau rupa dari si perempuan itu, tapi kecerdasannya, cara berbicara serta topik yang dia bicarakan. Apatah lagi kalau sudah satu fikrah, satu persepsi fikiran yang sama. Makanya, syaitan paling sering menggunakan kelebihan wanita yang satu ini.
Jalan keluarnya bagaimana? Untuk keseluruhan, sebenarnya hanya ada dua caranya. Si lelaki harus menjaga diri serta hati mereka, dan sang perempuan juga demikian. Ketika diri telah dibersihkan dan hati telah disucikan, Insya Allah tidak syaitan juga akan kelelahan menggoda kita. Jangan lupa kemudahan istigfar yang diciptakan Allah untuk kita semua umat muslim. Selalu beristigfar setiap waktu. Ingat Allah setiap waktu.



::Semoga dengan itu kita mampu menghindarkan diri dari godaan syaitan laknatullah. Insya Allah…

Wednesday 23 January 2013

Nikmatnya Perpisahan Insan " Bercouple "


alt

"Aku memang sangat mencintainya. Tapi aku terpaksa clash dengan dia.."
"Kenapa pulak?"
"Sebab aku selalu ingat dia sampai aku selalu lupa Allah."
Pergh.. terbaiklah bro! Alhamdulillah..
Beruntung siapa dapat kekasih sepertinya. Bayangkanlah.. Tentu dia sudah dapat merasai penangan cinta daripada Allah sehingga sanggup untuk berpisah dengan insan yang selalu disayanginya dengan cara yang salah.
Ya.. begitulah.. Memilih untuk berpisah kerana Allah adalah keputusan yang sangat bijak. Itulah pilihan iman sebenarnya. Apabila menyedari diri sering terjebak dengan dosa ketika ber'couple', iman yang ada dalam diri pasti akan menegur. Sangat terbaik orang yang sanggup menerima teguran daripada iman itu.
~Cepat-cepatlah terima teguran iman di hati sebelum nafsu mengambil alih. 
Sememangnya terbaik. Itulah keputusan yang membawa manfaat buat dirinya dan kekasihnya. Bercintalah. Tapi buatlah keputusan untuk tidak ber'couple'. Selepas keputusan itu dibuat, akan berkurang atau tiada lagi episod-episod berpegangan tangan, bersentuh-sentuhan, bermanja-manjaan, membuang masa bersama, tinggalkan solat bersama, dan macam-macam lagi yang tidak sepatutnya berlaku sebelum kahwin. Masing-masing terhindar daripada maksiat dan dosa.
Itu barulah 'saling menyayangi' namanya. Mahu berpegangan tangan hingga ke Syurga atau ke Neraka? Tiada siapa yang mahu bersama ke Neraka bukan? Namun siapa yang betul-betul mahu bersama hingga ke Syurga?

Kadang-kadang kita merasakan nikmat ber'couple' itu terlalu indah. Lalu kita suka. Tapi sebenarnya itu hanya sangkaan. Mainan nafsu. Direct to the point, ber'couple' (sebelum nikah) tidak baik untuk kita. Sebab itu Allah mengizinkan berlakunya 'kehilangan' atau perpisahan. Kerana 'kehilangan' atau perpisahan yang kita tidak suka itu sebenarnya baik untuk kita.
Allah 'Azza Wa Jalla berfirman;
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu.Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui"
(Surah al-Baqarah ayat 216)
"biarlah kita kehilangan si dia kerana Allah. Jangan kita kehilangan Allah kerana si dia."
Sahabat-sahabat semua.. Marilah sama-sama kita renungkan... Belum tentu pasangan kita itu adalah suami kita atau isteri kita. Kita 'bercouple' bagai nak rak, tiap malam bergayut dengan suara manja tanpa kita menyedarinya, waktu pagi bertemu berkepit ke hulu dan ke hilir tanpa rasa bersalah, semuanya hanya keindahan yang sementara.
Jika pasangan kita itu ditaqdirkan menjadi suami atau isteri kita, keindahan yang selalu kita nikmati di fasa sebelum pernikahan semakin suram. Jika dulu hampir setiap hari bertemu, namun setelah berada di alam pernikahan pandang pun menjadi jemu. Segala keindahan alam perkahwinan yang sepatutnya dinikmati di fasa tersebut turut hambar kerana sudah pun dirasai sebelum akad termeterai. Tiada lagi kejutan mahupun 'suprise' yang membahagiakan kerana hampir kesemua telah kita hadam dan menjadi perkara biasa kepada kita.
Kesimpulannya, serahkan lah hati kita kepada Allah. Simpankan rasa itu semata-mata hanya untuk Allah SWT. Biarkan Allah temukan hati yang mencintai Allah itu dengan hati yang lain, yang mana hati itu juga turut mencintai Allah. Yakinlah, jika kita menghiaskan hati ini dengan cinta Allah, pasti cinta yang hadir itu sentiasa mekar dan tidak akan layu. Malah cinta itu pasti kekal sentiasa kerana sandarannya juga adalah Zat yang Maha Kekal. 

Marilah kita hayati dan amalkan doa ini. Semoga Doa Nabi Daud A.s ini memberi kita semangat dan teguh dalam mencinta Allah SWT sepenuh hati kita melebihi cinta kepada makhlukNya.
" Ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-Mu, Dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, Dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan, Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu, Dan cinta orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu,
Ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.
Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-Mu, Rasul-Mu dan hamba-Mu yang soleh, Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu.
(Hadis riwayat At-Tarmizi, Rasulullah SAW bersabda, "Inilah doa yang biasa dipanjatkan oleh Nabi Daud a.s"

:: Ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-Mu, Dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, Dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan, Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu, Dan cinta orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu,

Ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.

Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-Mu, Rasul-Mu dan hamba-Mu yang soleh, Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu.

Wallahu Ta'ala A'lam