About Me

Name: Siti Nabillah
Age: 19 Year Old
DOB: 27 FEB 1993
State: Gurun ,Kedah

Thursday 17 May 2012

.... Kerana Mulut Badan Binasa ...



Hye semua !~ semua mesti penah dengar kn peribahasa ni ? yup , Kerana Mulut Badan Binasa . kita sebagai manusia percakap tu mesti la kena jaga kn ? sopan , biar la elok , if ada yg tak puas hati lebih baik kita face to face , ta baik kutuk belakang ! then , kalo nk marah jangan la dok maki hamun tanpa berfkir baik buruknya .
kadang2 benda tuu kita anggap remeh . niat kita nak gurau tapi biarlah bertempat . tak semua orang suka apa yg kita nk sampaikan . tak semua orang jugak faham apa niat kita . bak kata orang tua2 . Terlajak Perahu Boleh Diundur , Terlajak Kata Buruk Padahnya . Dan melalui percakapan kita juga lah orang boleh menilai perwatakan kita nih sebagai akhlak yg baik or buruk .
Jika ingin tahu akhlak sebenar seseorang , lihatlah dia sewaktu dia marah : jika ingin lihat kehebatan akhlaknya lihatlah sewaktu dia berurusan dengan orang yang dia benci . jika ingin lihat mindanya dan kebaikan pemekirannya , lihatlah cara dia berbincang dengan pandangan berbeza dengannya ~

Cakap Siang Pandang2 , Cakap Malam Dengar2 . Ni jugak satu peribahasa yang meminta kita berhati-hati apabila bercakap . tidak rugi kalo kita jaga percakapan kita . xdapat dosa eh . bila orang suka dengan apa yg kita akan sampaikan , kita juga akan dapat kelebihannya . tapi kalo percakapan kita itu membuat orang rasa meluat , maka dibenci oleh semua .
Nabila berkawan dengan ramai orang dan macam2 ragam yg nabila kenai . hehhe . ada yg mulut leser , ada yang sopan . tapi bagi nabila , nabila terima apa adanya . sebab jenis nabila ta kisah orang kata pa kat nabila . hehhe . tapi kadang2 , mulut nih leser juga . huhuhu . pesanan baba nabila untuk nabila : biarlah orang buat kat kita , janganlah kita buat orang . Allah bayar cash ! hehe .
So pesanan nabila , jangan lah kita tau hanya jaga hati sendiri . kita juga perlu mengikut rentak orang . Masuk Kandang Kambing Mengembek , Masuk kandang Lembu Menguak . Jangan kita hanya ingin hendadak orang mengikut kehendak kita , nanti orang akan meluat kita .
So now , jagalah percakapan kita okey . Kalu tak dak apa nk cakap , better diam ja taw . jangan sampai satu hari nnti , kita akan dibenci orang ramai . Jangan lah nnti bila Nasi Sudah Menjadi Bubur , baru nak menyesal dan berubah . kita nih , hidup bermasyarakat jangan dok buat pala sendiri ja okeyh !
So , lepas nih , sesapa nk komen kat facebook , twitter or blog , fikir dulu ayat tu sesua ke tak ! tak rugi eh jaga percakap kita . pahala pun dapat taw . Urm , nabila pun ta paham la . anak muda sekarang nih . lebih suka melawan cakap orang tua2 . hurmmm .. dunia akhir zaman dah kot .


: Bila baca balik apa yg nabila tulis nih , rasa skema la pulak . hihihi. tapi tak pa nih untuk renungan semua . jaga percakapan okeyh , sebelum bercakap fikir ! fikir ! fikir dulu .

                                                                                                                                                                                                                        

No comments: