About Me

Name: Siti Nabillah
Age: 19 Year Old
DOB: 27 FEB 1993
State: Gurun ,Kedah

Thursday 20 December 2012

Pengorbanan Seorang Ayah


Cerita ini nabila nampk orang share kt fb...so nabila nk share kt blog dengan harapan cerita ini dapat memberi iktibar buat kita semua.....

 APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH

Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..


itulah pengorbanan seorang ayah........sedar x sedar air mataku menitis kerana kenang pengorbanan seorang ayah untuk anak-anaknya..sehingga sanggup bekerja keras demi anak2..
:: Kawan-kawan jum sama-sama kita hargai ibu-bapa kita yang masih ada..jika yang sudah tiada sedekahlah Al-fatihah untuk mereka ..


SAYANG MAMA&BABA


:: Terima kasih semua yang sudi baca . ^ ^

5 comments:

Hanif Redland said...

terima kasih sudi follow.. :)

Siti Nabillah Binti Mohd Hafifi said...

Okey sama-sama . :)

Lokman said...

sedihnya bila teringat ayah kat rumah.. betul apa yang cik nabillah katakan.. ayah amat menyayangi anak-anaknya.. cuma cara dia sayang tu berbeza dengan cara mak kita sayang kita.. sayang ayah ni tak nampak.

Siti Nabillah Binti Mohd Hafifi said...

yew betui2 . nabila paling sedih masa tgok baba nabila tengah tidow , letih dia nak membesarkan nabila untuk jadi insan yg berguna .. Apapun kita kna balas jasa mak ayah kita . :)

Aqilah Amran said...

Salam alaik, awak.
boleh saya nak minta tolong?? saya ada nk kena siapkan project. sy randomly tnya org ramai esp umur 17-25, buat survey.
jd, nk minta awak tolong jwb soalan ni.

siapa idola awak dan sebab2 pilih beliau.

jwb dalam 10 ayat. lepastu bolehlah email pd sy:

fatiniffahaqilah@yahoo.com

terima kasih sgt2. :)