About Me

Name: Siti Nabillah
Age: 19 Year Old
DOB: 27 FEB 1993
State: Gurun ,Kedah

Thursday 3 January 2013

Nak Jadi Baik Memang Lambat



"Ustaz, saya dulu hafiz al-Quran. Dulu, solat ini memang saya tidak tinggal. Saya semakin hanyut dengan dunia. Sekarang, saya sudah tidak solat. Saya ingin berubah. Masih adakah sinar untuk saya?"
Ustaz N memandang telefon bimbit Masjid Kuning Kota Damansara. Bagus masjid ni. Ada segmen Tanyalah Ustaz. Sesiapa jemaah yang ingin bertanya, boleh menghantarkan SMS.
"Masih ada sinar" Ustaz N menjawab pendek.
Jemaah mengangguk. Kebanyakannya faham sifat al-Ghafur Allah. Jemaah di situ memang boleh letak belakang nama mereka dengan Ahmad atau Abu al-Damansari. Berlumba-lumba duduk di dalam taman-taman Syurga ilmu.Marvellous!
Ustaz N menyambung, "Kembalilah kepada Allah, nak. Allah menciptakan rahmat sebelum menciptakan murka. Pintu taubat terbuka luas. Sibukkan diri dengan kebaikan. Jika anda jatuh, maknanya, masa anda masih banyak yang belum diisi dengan kebaikan."
"SMS masuk, Pak" Telefon Bimbit Tanyalah Ustaz berbunyi lagi.
"Terima kasih, Ustaz. Macam mana nak jadi baik? Apa langkah pertama untuk saya berubah selepas bertaubat?"
Ustaz N tersenyum. "Pernah tidak dengar kisah Abu Hurairah r.a. bertanya kepada baginda Rasulullah s.a.w. tentang seorang yang solat tetapi masih mencuri?"
Jemaah terlopong. Sah, tak dapat nak recall. Ini yang pentingnya hadir di ceramah-ceramah dan kuliah. Dapat peringatan, dapat refresh ilmu, dapat kesedaran. Dapat macam-macam. Best!
Ustaz N menarik nafas dan berkata, "Abu Hurairah r.a. bertanya bagaimanakah orang yang sedemikian? Rasulullah menegaskan, solat orang itu lambat laun akan menyebabkan dia berhenti mencuri."
Jemaah mengiyakan. Mereka teringat firman Allah s.w.t bahawa solat akan mencegah perkara keji dan mungkar.
"Maksud baginda Rasulullah s.a.w. dengan memperbaiki dan meningkatkan mutu solat, dari segi rukun qauli (percakapan), rukun fi'li (perbuatan) dan rukun qalbi (rasa hati), lambat laun solat akan berjaya menjadi benteng kepada amalan keji dan mungkar."
Jemaah berpandangan sesama sendiri. Mereka tersenyum dan mengangguk.
"Kesimpulannya, nak jadi baik memang lambat. Nak membina memerlukan masa. Nak meruntuh sekelip mata. Teruskan bermujahadah untuk istiqamah. Tutup ruang-ruang untuk melakukan kemaksiatan. Isi kehidupan dengan kebaikan. Berkawan dengan kawan-kawan yang baik. Usaha dan terus usaha. Insya-Allah, Allah akan mengampunkan dosa-dosa kita."
Dalam jemaah itu, seorang anak muda tunduk. Matanya berkaca. Dia berbisik:
Ya Allah, dosaku menggunung tinggi, tapi rahmat-Mu melangit luas. Ampunkanlah dosaku. Sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat.
RENUNGAN UNTUK SEMUA . . .
Subhanallah...MasyAllah..mendengar kisah di atas, remang gak buluh roma bukan calang2 org tu pelajar tahfiz boleh kecundang gak, namun kisah ni membuktikan hidayah dan taufik itu mahal harganya, Iman itu tidak hanya pada mereka yg tahu hukum, namun Ia menjadi milik org yg berilmu, bermujahadah, beramal secara istiqamah...apa ygpatut kita lakukan selepas ada rasa nak bertaubat...1.Rasailah Kewujudan Allah, ramai org tau Allah itu maha pengampun namun apakah kita rasa Allah itu maha pengampun, ingatlah rasa itu dihati, Tahu itu di akal....2.bertaubat sungguh2, jgn mengulangi kesilapan silam, ingatlah bila kita rasa ingin bertaubat maknanya Allah memanggil kita utk dekat padanya, Allah dah bagi hadiah pada kita dan Allah dah meletakkan kepercayaanNya pada kita untuk berubah, jgnlah kita sia siakan "taufik dan hidayah" tersebut...jgn kita berkira berapa besar dosa yg kita lakukan, namun kita kena ingat dengan siapa kita berbuat dosa...3.kita kena merasa besar manapun dosa kita, Allah mengampunkannya, itu hak Allah, dia maha pengampun, bukan hak kita atau manusia keseluruhannya mempertikaikan pengampunan Allah pada HambaNya...4.elakan bergaul dengan kawan kaki maksiat, biarlah kita kehilangan 1 juta kasih sayang manusia jgn sampai kita kehilangan "Cinta Allah" Allah sangat cinta pada HambaNya yg bertaubat...5.perbaiki solat, Fahami solat, fahami kalimah kalimah 'sakti' dalam solat, fahamilah betapa luasnya kasih Allah, fahamilah betapa pemurahnya Allah, jadikan solat 'medan kita berkomunikasi denganNya' merintihlah padaNya, hadirkan Allah dihadapan Anda seolah olah anda melihatNya ingatlah Dia maha memerhati Dia maha memahami, apapun masalah anda Allah sudi menyelesaikanya, biasakan diri mengadu padaNya...6.hadirkan diri di masjid tepat pada waktunya, bergaullah dengan Ahli ilmu, sibukkan diri dengan membaca, mendengar majlis majlis ilmu....selamat beramal .. ^__^

No comments: