About Me

Name: Siti Nabillah
Age: 19 Year Old
DOB: 27 FEB 1993
State: Gurun ,Kedah

Thursday 17 May 2012

Cinta ! Hewhewhew .







"Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika."






Dalam hidup ini, ada perkara yang kita sendiri x fahami kenapa ia terjadi ... kita x pernah pun inginkan perkara tu terjadi .. tapi peliknya, walau sekuat mana kita cuba untuk mengelak , hakikatnya kita x mampu untuk lari dari kenyataan itu ... dan kita kena hadapinya juga walaupun menyakitkan ...
Siapa yang pernah merasainya, tahulah bagaimana sakitnya mencintai seseorang. Benarlah kata pujangga, " sakit yang paling dahsyat sekali adalah mencintai seseorang, tetapi tidak berbalas". Nabila juga pernah merasakannya , mencintai dan menyayangi seseorang banyak dugaan ( orang tak suka ) . Tipulah kalau Nabila cakap Nabila x sedih, hanya Allah saja yang taw perasaan Nabila waktu tu , macam-macam yang Nabila rasa, tapi Nabila x pernah menyesal mengenali dirinya , walaupun dia pernah menyakiti hati Nabila , dia jugalah orang yang pernah buat Nabila bahagia , banyakannya bahagia lah Nabila bersama dia ... tapi buat masa ni biarlah Nabila ketepikan dulu perasaan ni , jika ada jodoh Insya Allah , kami akan berkekalan .....

 
Sekarang ni , ramai orang yang hancur hidupnya sebab cinta , ada yang berputus asa , sesetengah pula hilang kewarasan dan ada yang sanggup bunuh diri gara-gara cinta ... apa sebenarnya makna cinta bagi mereka .. cinta tu kan suci , cinta juga anugerah terindah dari Illahi tapi manusialah yang telah mencemarkan kesucian cinta ...


Putus cinta bukanlah pengakhir kepada segala-galanya . Ia adalah bukti bahawa tidak ada cinta sejati kecuali cinta Allah , cinta sejati yang abadi . Ia juga permulaan yang baik jika kita bijak menanganinya , walaupun hakikatnya memang menyakitkan tetapi percayalah semua yang berlaku dah ditentukan oleh Allah , dan walaupun kita sendirian , kita tetap ada Allah...

Semua yang terjadi adalah kehendak Allah , dan sebab tu juga , Nabila kuatkan diri untuk bangkit semula dari kekecewaan ini dan ikhlaskan semua yang terjadi dan Nabila yakin suatu hari nanti Nabila pasti akan taw hikmah di sebalik semua ni . Semuanya dari Allah , dan segala yang datang dariNya adalah yang terbaik ..

"Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, Allah lah yang lebih mengetahui."
Kita selalu inginkan orang yang kita cintai itu terus setia bersama kita, kalau boleh bersama dengan kita ke alam perkahwinan dan hingga ke akhir hayat, tapi adakah dialah yang terbaik untuk kita??...dan bagaimana jika suatu hari nanti dia berpaling dari kita dan pergi meninggalkan kita...waktu itu mesti kita akan berkata " Ya Allah, kenapa aku yang menerima nasib ini?"...sekiranya iman masih ada, kita tidak mungkin berkata seperti ini, kita seakan-akan tidak dapat menerima kenyataan, sedangkan semua itu adalah ketentuanNya, sekiranya berlaku seperti ni kita masih boleh berfikir seketika dan yakin yang Allah sentiasa ada bersama kita.


Jangan persoalkan kenapa kita yang kena ?.. Tetapi katakan kita yang terpilih, dipilih oleh Allah. Kita terpilih untuk putus cinta dengan manusia , tetapi bertuah kerana dipilih bercinta dengan Allah . Pujuklah hati yang kecewa itu dengan apa yang telah ditegaskan oleh Allah bahawa apa yang lebih baik pada pandangan kita belum tentu baik pada realitinya . Yang pergi itu mungkin bukan yang terbaik untuk kita , dan yakinlah Allah telah sediakan yang terbaik untuk kita sebagai gantinya selagi mana kita bersabar .

Jika seorang datang membuat kita kecewa, maka dia adalah 'guru' yang hendak mengajar kita erti sabar.


Jika kita rasa kita sedang dikecewakan, itu menunjukkan kita sedang belajar untuk membina sikap tidak terlalu mengharap.

Nabila yakin semua yang terjadi adalah satu proses untuk memperbaiki diri Nabila , ia adalah satu pelajaran untuk Nabila mengubah diri Nabila ke arah yang lebih baik lagi .. dan Nabila taw apa saja yang berlaku dalam hidup ini adalah ujian .. dan hakikatnya ujian itu bukanlah mudah dan Nabila harus kuat untuk hadapinya .. dan Insya Allah , Nabila kuat untuk hadapi semua itu kerana Allah ada bersama Nabila ...

Fahamilah hakikat ini , hidup tidak selalu indah , kerana di situlah keindahan hidup !
Sematkan di hati kita kata pujangga ini: "Sesungguhnya orang yang berkali-kali gagal bercinta, pada suatu saat akan bertemu jua ... cinta sejati yang ditunggunya!"..

Nabila doakan untuk diri Nabila dan juga untuk sesiapa sahaja, semoga suatu hari nanti, kita akan bertemu dengan cinta sejati tetapi cinta sejati Nabila yang kekal abadi tetap cinta Allah yang satu ... Subhanallah , yakinlah Allah tidak pernah mengecewakan kita ... 

Cukuplah untuk hari ini , thanks pada yang sudi membaca sampai habis .. semoga bermanfaat ... bubye semua 
Assalammualaikum.....^_^




Terima Kasih, Sila Datang Lagi..◕‿◕

No comments: