About Me

Name: Siti Nabillah
Age: 19 Year Old
DOB: 27 FEB 1993
State: Gurun ,Kedah

Saturday, 29 December 2012

Kawin Muda , Jangan Ingat Mudah !


Syukur alhamdulillah diri ini masih boleh hidup dan berdoa padaNya .. hye semua , hari ni nabila nak semua baca entry kali " Kawin Muda , Jangan Ingat Mudah ! " haaa .. baca taw .. ni sekadar ilmu untuk kita semua .. semoga bermanfaat bagi kita .. :) ... selamat membaca ~


Sejak akhir-akhir ini ramai yang melangsungkan perkahwinan pada awal waktu, ketika masih belajar atau ketika umur masih muda.. Alhamdulillah..
Walaupun diri ini juga tergolong dalam golongan "kahwin awal" iaitu ketika di universiti, namun ada beberapa pesanan ringkas untuk renungan bersama, agar Sunnah yang amat dianjurkan oleh Rasulullah SAW ini tidak berakhir dengan Fitnah !!
Sama ada kepada mereka yang "menyokong" kahwin awal atau sangat "menentang" kahwin awal, apa yang perlu difahami bahawa setiap individu mempunyai situasi/masalah yg berbeza-beza dan pelbagai; ada yg perlu kahwin awal, ada yang merasakan tidak perlu kahwin selagi belum habis belajar dan macam-macam lagi. Jangan mengharapkan orang lain sama fikiran dengan kita, walaupun rambut sama hitam, belum tentu hati dan perasaan itu mempunyai persamaan.
Anjuran perkahwinan oleh Nabi SAW melalui sabda baginda:
"Wahai sekalian pemuda-pemuda: Sesiapa di antara kamu yang mampu nikah (disebut dalam syarah makna hadis ini, "Nikah" bererti jima', nafkah dan mahar)", maka berkahwinlah; kerana sesungguhnya ia (kahwin) lebih menundukkan pandangan, lebih menjaga kemaluan. Dan jika dia tidak mampu, maka (digalakkan) berpuasa; itu adalah penjagaan baginya."
(Hadis Sahih Riwayat Al-Bukhari 1905, Muslim 1400)
Ada ulamak hadis menyatakan bahawa istilah "pemuda-pemuda" di situ ditekankan sebagai galakan agar disegerakan perkahwinan pada umur yang masih muda (ada ulamak yang menyatakan sebelum umur 40 tahun, dan ada yang menyatakan 25 tahun dan pelbagai lagi tafsiran ulamak).
Di sini, dinyatakan beberapa situasi yang perlu diambil perhatian, sebelum membuat keputusan, tanpa menuding orang lain, tepuk dada, tanya hati dan iman!
Pertama: Mereka yang tidak mengalami gelodak jiwa, dan mampu menahannya (samada dengan berpuasa, ataupun boleh mengawal fikirannya dengan sebaik mungkin), maka golongan ini adalah dinasihatkan terus fokus kepada apa yang dilakukan seperti belajar, bekerjaya dan sebagainya. Dalam masa yang sama sentiasa bermohon kepada ALlah agar segala urusan dipermudahkan di dunia dan di akhirat.
Kedua: Mereka yang "merasakan" dirinya dapat menahan semua itu, tetapi dalam masa yang sama sibuk melakukan pelbagai maksiat (berhubungan bebas dengan bukan mahram), golongan ini sepatutnya mencari jalan keluar dari hal ini, sama ada menghalalkan perhubungan dengan pernikahan atau memutuskan hubungan agar hidup lebih diberkati. Lakukan ini kerana taqwa kepada Allah insyaAllah pasti ada jalannya.


Ketiga: Mereka yang tidak dapat lagi menahan diri, mereka telah cuba, tetapi hati mereka tetap tidak tenang, fokus hilang, hanya terasa ingin kahwin sahaja, tetapi masih mampu menghalang diri daripada maksiat-maksiat, maka golongan ini juga disyorkan agar mencari jalan terbaik dan mohon petunjuk Istikharah daripada Allah, mengadu selalu kepada Allah, jika telah ada calon yang sesuai, bersegeralah untuk halalkan dengan cara terbaik, tekadkan dalam diri bahawa "aku lakukan ini kerana Taqwa", tingkatkan prestasi diri melalui persiapan dari segenap segi, semoga jalan yang dipilih itu paling diberkati!
Firman Allah SW
"sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).
(Surah at-Talaq ayat 2)
Melalui tiga situasi ini, difahami bahawa masing-masing ada AQAL untuk menilai diri sendiri, di situasi mana dirinya berada! dan jika perlu berbincanglah sebaiknya dengan mereka yang lebih tua (hormati pandangan mereka), atau sesiapa sahaja yang berpengalaman (yang boleh dipercayai). Apa sahaja pilihan kita, janganlah sampai tersalah menilai seseorang melalui sudut kacamata diri kita (itu merupakan satu kesalahan besar), lantas menghukum org itu, lebih teruk maka terkeluarlah perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya kepada saudara kita sesama Islam.
"Gatal sangat dah ke, sampai perlu kahwin masa belajar!!",
"Belajarlah bagi selesai dahulu!!",
"Aku boleh fokus, takkan dia tak boleh, saja je tu nak kahwin awal!" dan macam-macam lagi.
Sepatutnya, adalah lebih baik kita cuba memandang dari sudut kacamata orang tersebut, mungkin ada kejernihannya, dan pelbagai perkataan yang menyakitkan hati itu mungkin tidak akan keluar, memadailah pesanan Rasulullah SAW sebagai peringatan:
"Orang Islam itu ialah individu yang orang-orang Islam selamat daripada lisannya (kata-kata kesat/mengumpat) dan tangannya (kezalimannya)".
(Hadis Riwayat al-Bukhariy : 6484)
Secara kesimpulannya,  pegangan utama kita adalah Taqwa kepada ALLAH, jika kita mampu mengelakkan maksiat, dan mampu menahan diri, bahkan mampu fokus tanpa memikirkan hal-hal kahwin semasa belajar, maka teruskanlah, dan jangan lupa berdoa untuk mendapat kemudahan/kejayaan dunia dan akhirat (termasuklah perkara-perkara jodoh).
Manakala jika kita tidak mampu menghalang diri, telah bergelumang dengan hubungan bukan mahram (terutama yang telah mempunyai seseorang yang istimewa), persiapkan diri (dari segala segi), cari jalan untuk segera menghalalkannya, ataupun pilih jalan untuk menjauhkan diri dulu dari semua itu.

                                     

Ingatlah! Bagi mereka yg sedang dalam lamunan dan hanyut ombak, fikir-fikirkanlah utk menghalalkannya, dan jika masih belum bersedia, jangan sesekali bermain "api".
Dan bagi yang belum tiada dan masih dalam proses mencari atau masih belum memikirkan, maka sentiasalah berdoa ada diketemukan yang terbaik dari sisiNYA, dan setiap taqdirNYA itu dirangkaikan dengan keredaannya semata-mata..
Satu analogi untuk seseorg yang bersedia ke arah cinta halal atau yg sedang bercita-cita ke arah itu..
"Untuk menjadi nahkoda, apa yang penting pada mulanya adalah persiapan sebuah bahtera yang lengkap dan berusaha sedaya mungkin untuk melihat dari segenap penjuru tentang keadaan bahtera tersbut, seterusnya, nahkoda juga perlu menyiapkan diri dengan ilmu-ilmu pengendalian bahtera, serta ilmu-ilmu teknikel yang berkaitan, agar dengan membawa masuk anak-anak kapal ke dalam bahtera seterusnya berlayar, dapat menjamin keselesaan mereka semua dan yang pasti setiap bahtera berlainan nahkoda dan berlainan lautan menjanjikan pelbagai peristiwa/dugaan yg bakal ditempuh, dan ini semua diatasi dengan ilmu-ilmu yang telah dilengkapi sebelum ini.."
"Jika hanya mendayung sampan, jangan sesekali menduga lautan dalam, jika hanya persediaan terlalu sedikit, masih belum tetap pendirian dan keyakinan, jangan sekali-kali mencuba untuk memasuki alam perkahwinan yang menanti dengan 1001 warna kehidupan yang mana impian fantasi belum tentu menjadi realiti.."
Wallahu Anta A'lam


: Fikir-fikir lah wahai sahabatku sekalian .. buat keputusan yg terbaik .. mintak pertolongan kepadaNya .. InsyaAllah diredhoi olehNya .. Aminn .


                                                                            

No comments: