About Me

Name: Siti Nabillah
Age: 19 Year Old
DOB: 27 FEB 1993
State: Gurun ,Kedah

Thursday 27 December 2012

Pohon Doa , Agar Terus Istiqamah ..


Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah

Dari selepas Solat Subuh tadi hati memberontak untuk mencari dan terus mencari . Cari apa? Cinta Ilahi, mungkin.

Teringat kata-kata ustaz , bila kita nak berubah jadi baik, kita dikelilingi orang-orang baik . Allah datangkan kita dengan orang-orang baik.

Nabila yakin kebenaran itu. Itu juga yang nabila rasa. Nabila sangat bersyukur.

Nabila memang bukan orang baik. Nabila juga pernah melakukan kesilapan. 
Tapi nabila hanya manusia biasa. Nabila tahu hakikat nabila sebagai seorang hamba. 

Apa yang terdetik di hati nabila untuk beberapa bulan kebelakangan ini ialah nabila ingin berubah. 
Sungguhpun ianya bukan mudah. Tidak senang. Cabarannya besar. 

Ada kawan-kawan bertanya itu ini. Kadangkala terasa macam 'obvious sangat ke?'. Sebenarnya tak obvious pun. Tapi still bila ada yang menyebut, kita yang tak kuat mana ni akan rasa macam, 'haish. lemahnya.. takutnya apa orang kata..'

Tapi Nabila rasa Allah swt cukup menyayangi Nabila. Segala yang berlaku di sekeliling nabila hari ini cukup membantu niat nabila untuk berubah menjadi lebih baik. Sama ada jelas atau tidak, sama ada secara direct ataupun indirect, semuanya membantu. Allah cukup-cukup sempurna dengan sifatNya yang Maha Mengasihani hambaNya.

Kenapa hari ini, akhirnya nabila tulis entry seperti ini?
Kerana nabila fikir, sampai bila nabila mahu sembunyi? Kalau ada yang terbaca penulisan tak seberapa ini, untung-untung boleh doakan nabila. Agar nabila terus istiqamah. Iman manusia turun naik. Hari ini nabila boleh jadi orang yang tak sanggup tinggalkan solat jemaah di masjid tiap-tiap waktu. Hari esok nabila boleh jadi orang yang tak mahu solat. Nauzubillah. Mohon doa sahabat-sahabat, ahli keluarga, agar nabila terus istiqamah di atas jalan ini.

Sejak kebelakangan ini juga semakin ramai sahabat-sahabat yang mendekati nabila dan beritahu, 'saya juga mahu berubah. macam mana? takut tak mampu..' dan macam-macam lagi. Allahuakbar. Nabila bukan orang yang layak. Nabila masih mencari. Dan akan terus mencari.

Semoga Allah permudahkan urusan kita dalam mencari. Mencari cinta Allah swt yang bersifat hakiki. Semoga di akhir hidup kita nanti, kita beroleh husnul khatimah.

Sekadar satu tiupan semangat untuk jiwa ini dan sahabat-sahabat lain;

"Why did you fear that everyone might hate you, when you have Him who always understands you?"


"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku"  - Surah Az-Zariyyat: 56

Semoga nabila mampu menjadi dalam golongan 'orang yang memanfaatkan dirinya untuk memanfaatkan orang lain'.

Istiqamah, semoga kau menjadi teman terbaik di hatiku. Subhanallah. Alhamdulillah. Lailahaillallah. Allahuakbar. 

:: Ya Allah ! Terimalah amalan-amalan kami , perkenankanlah doa-doa kami , Bukakanlah pintu kebaikkan untuk kami , sepertimana engkau berikan kepada para Anbiya' dan Auliya'Mu serta hamba-hambaMu yg soleh .. Engkau makbulkanlah doa-doa kami ini Ya ALLAH . aminnnn ~


No comments: